Total Pageviews

Wednesday, April 17, 2013

Kursus Prostetik dan Ortotik: Pelatih Perempuan Juga Mampu Lakukan..

Pelajar ini  saya selalu perhatikan dari mula dia menjejak kai ke Pusat ini hinggalah saya temuinya semasa mengikuti kurus di Unit Prostetik dan Ortotik (UPO) PLPP Bangi.  Semangatnya begitu tinggi dan kerana semangat itu juga penama mencabar dirinya untuk mengikuti kursus di  UPO yang selama ini dimonopoli oleh kaum adam. Kesungguhan gadis ini menarik hati saya untuk bersamanya seketika semasa hadir ke unit ini.


Mendapat bimbingan dari  Ketua Unit En. Badrol Hisham
Bersedia menerima apa jua tugasan dari pengajar berpengalaman
Tn. Haji Hajaruddin Kamaruddin.














Siapa kata wanita tidak layak menerokai bidang teknikal?. Tentunya ayat saya ini sudah terlalu lapok untuk dipertikaikan.   Ini adalah kerana kaum wanita ada di mana-man dalam sektor pekerjaan sama ada dalam bidang profesional mahu pun di bidang yang lain. Kelayakan pemikiran wanita juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Mungkin dari segi faktor kekuatan fizikal menjadi kadangkala menjadi kengkangan. Ini bermaksud wanita boleh menceburi dalam semua bidang.

Jenny bersama teman pelatih - Louis





Berbalik kepada tajuk penulisan ini ingin saya fokus kepada semangat tinggi pelatih perempuan yang menjadi sejarah di PLPP Bangi  kerana beliau adalah pelajar wanita pertama menceburi kursus Prostetik dan Ortotik (PO) di PLPP Bangi bagi sesi tahun 2012 - 2013.

 Anak kelahiran Sarawak ini seorang gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersikap positif. Seorang yang begitu aktif walau  mempunyai masalah kecacatan kaki tetapi semangat dan kehendak untuk maju mengatasi kekangan yang ada.  Diharap Jennyla anak Kueh@ Warit akan berjaya dan terus berjaya untuk sama-sama mengecapi kebahagiaan seperti mana insan yang lain.  Peluang dan ruang yang diberikan kepada beliau tidak disiakan malah ianya menjadi tapak untuk terus meninjau peluang yang lebih luas.




Oleh: Syanz Aisyah Abdul Raoof

Sunday, May 13, 2012

Hari Belia Negara : Himpunan Jutaan Belia

Sambutan Hari Belia Negara: Himpunan Jutaan Belia Tarikh 23-27 Mei 2012 Tempat: Putrajaya

Tuesday, July 5, 2011

Rebut Ruang Jika Peluang Itu Memang ada...

Hari ini 5 Julai 2011 telah membawa seramai 14 pelatih untuk menghadiri karnival pekerjaan yang dianjurkan oleh PERKESO iaitu melalui program Return To Work bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Langkah PERKESO untuk menganjurkan seminar kepada semua majikan  dan juga menggalakkan majikan untuk menerima pekerja di kalangan OKU amatlah dihargai.  Sekalung penghargaan harus diberikan kepada PERKESO.

Sebagai seorang yang terlibat dalam penempatan pekerjaan untuk pelatih, saya melihat perlunya ada satu daya usaha di kalangan pelatih untuk merebut peluang yang ada untuk mereka.  Kesedaran majikan untuk menerima OKU sebagai pekerja semakin hari semakin ramai. Usaha yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan badan yang berkaitan dengan tanggunjawab kepada OKU telah menghasilkan satu kesedaran kepada majikan bahawa OKU juga adalah modal insan yang boleh memberi pulangan hasil kepada syarikat atau organisasi.


Kesedaran telah ada di kalangan majikan dan peluang juga telah diberikan.  Di sinilah perlunya ada satu tanggungjawab kepada diri sendiri untuk merebut peluang yang diberikan. Ruang yang ada harus diisi bagi mengetahui sama diri kita layak dalam mengharungi cabaran semasa.  Kelayakan dalam mengisi ruang juga harus bersama dengan sikap serta cara bagaimana kita berfikir.  Melalui pemikiran yang positif sesorang boleh menilai kebolehan diri dan juga mengubah sikap ke arah yang lebih baik agar dapat bersaing di kalangan majoriti.   Apalah guna jika kita mempunyai kemahiran tetapi kita tidak pernah untuk merebut peluang yang ada.  Mengapa saya harus berkata demikian? Ini adalah kerana golongan OKU adalah minoriti.  Jika tidak menggunakan peluang yang diberikan dalam perebutan ruang ini,  maka akan terlepas satu yang amat berharga kepada diri sendiri. Maka kuasa penentu adalah datang dari diri sendiri sama ada mahu atau menolak peluang yang diberikan.

Tuesday, June 7, 2011

Semangat dan Perjuangan OKU - ll

Bertemu kembali..
Jika sebelum ini saya membincangkan semangat dan perjuangan OKU lebih menjurus kepada penampilan diri dan penjagaan kesihatan, kali ini saya ingin terus membicarakan semangat dan perjuangan OKU kepada perjuangan menghadapi persaingan dalam pekerjaan.

Ramai OKU datang menemui saya bertanyakan peluang pekerjaan jika ada untuk mereka.  Pertama dalam minda dan seiring hati saya akan berkata, kerja bagaimana yang sesuai untuk mereka?  Mengapa saya berfikir sedemikian? Ini adalah kerana OKU mempunyai pelbagai kategori. Jika pun yang cacat fizikal tentunya mereka berbeza dari segi keupayaan.   Saya melihatnya dari sudut kelebihan dalam fizikalnya. Ada yang mempunyai kelayakan, ada yang mempunyai semangat juang yang tinggi tetapi masalah yang timbul tawaran kerja yang diberikan tidak sesuai untuk individu tersebut.

Dalam menghadapi permasalahan seperti ini, OKU perlulah memikirkan pelbagai sudut yang boleh mengeluarkan diri dari permasalahan ini. OKU harus berani membuat sesuatu yang bukan dari kebiasaan "unusual". Sebagai contoh, jika OKU bernama Q mempunyai kecacatan tangan "kudung" sama ada sebelah kiri atau kanan, Q kena bijak melihat apa kelebihan yang ada sebagai satu kekuatan dalam dirinya.  Ini bermakna Q kena belajar menggunakan sebanyak mana kekuatan tangan sebelah untuk urusan diri. Dalam hal ini Q kena berlatih dan terus berlatih dengan kecekalan hati.  Latihan yang bertubi-tubi akan menjadikan seseorang bertambah mahir dan tentunya akan memberi impak yang besar pada diri Q.  Kenapa saya berkata demikian? Pertama wujud rasa  perubahan sikap yang tinggi dalam diri Q. Perubahan sikap ini tentunya seiring dengan disiplin diri. Dorongan yang tinggi ini tentunya akan menghasilkan hasil yang baik. Hasil yang baik ini dapat dilihat apabila masyarakat luar mengkagumi Q kerana sikap, disiplin dan adanya semangat juang yang tinggi dalam dirinya yang membuatkan dirinya boleh berdikari dengan kemahiran yang ada dan mungkin tiada kepada orang biasa.

Dari contoh di atas, bukan kah semangat dan perjuangan itu wajib dalam diri semua OKU. Kelebihan pada OKU kerana boleh mendorong orang yang tidak cacat atau masyarakat terbit rasa simpati. Istilah simpati ini walaupun saya kurang bersetuju, namun ianya sedikit sebanyak akan memberi peluang kepada mereka untuk memahami fitrah OKU.  Saya lebih suka jika masyarakat melihat OKU dengan lahir perasaan empati.  Empati yang lebih menjurus merasai penderitaan, kesusahan dan dalam masa yang sama wujud sikap bagaimana boleh membantu golongan OKU sama ada dari  segi keilmuan, ekonomi, kesihatan dan juga peluang-peluang bakat yang lain.  Jika kita melahirkan budaya simpati masyarakat hanya simpati mungkin seketika dengan menolong dengan cara menyuap sesuap nasi dalam mulut tetapi sampai bila mereka terus bersimpati dengan huluran bantuan sedemikian.  Oleh yang demikian penjiwaan melalui sikap empati ini saya merasakan dapat membantu OKU keluar dari kepompong kehidupan yang lebih baik.

Dalam perkara ini, adalah amat jelas semangat dan perjuangan yang dipupuk kepada OKU harus lebih luas.  Semangat juang itu boleh didorong melalui percambahan fikiran, perkongsian pengalaman, pengamatan dalam persekitaran, keilmuan yang dipelajari dan juga masyarakat sekeliling memahami  dan sentiasa bekerjasama dalam mencapai impian ini. Jika kesemua elemen ini telah ada pada diri OKU, peluang kerja juga mudah menghampiri kita. InsyaAllah.

"Jika kesedihan terlalu dijiwai, mungkin kejayaan tidak menghampirimu, malah mungkin dia akan meninggalkanmu" ~ Syant Abra~

Wednesday, June 1, 2011

Semangat dan Perjuangan OKU - l

Semangat dan Perjuangan adalah dua aspek yang mesti ada kepada Orang Kurang Upaya (OKU).  Penulis beranggap dua perkara ini adalah yang wajib ada dalam iringan kehidupan setiap insan OKU.  Semangat yang tinggi untuk memperjuangkan diri menghadapi persaingan bersama orang yang cukup sifatnya kenalah ada dalam diri sendiri.  

Dengan adanya semangat yang tinggi maka ada gerakan yang bersepadu untuk merealisasikan yang terfikir dalam minda. Perjuangan akan sia-sia jika individu tidak mempunyai semangat.  perjuangan akan hanya terkandas dalam perjalanan jika semangat ibarat hangat-hangat tahi ayam. Perjuangan yang diiring semangat yang tinggi insyaAllah akan membuah hasil juga akhirnya.

Saya melihat dua perkara ini bukan sekadar hanya dipandang atau dibaca. Perjuangan yang mempunyai matlamat demi perubahan status kehidupan perlu disemai.  Sikap untuk berubah kepada pemikiran positif di mana menjadikan OKU disenangi oleh semua lapisan masyarakat.

Di antara yang terpenting perlunya semangat untuk memastikan diri sihat walafiat.  Kita sedar ramai OKU mempunyai masalah kesihatan sama ada sejak dari kelahiran atau timbulnya masalah kesihatan disebabkan berlakunya kecacatan.  

Ada tiga sebab berlakunya kecacatan iaitu kecacatan sejak lahir, kecacatan disebabkan penyakit yang dialami dan juga kecacatan disebabkan berlakunya kemalangan.  Semangat dalam berjuang mengatasi masalah kesihatan melalui disiplin yang tinggi seperti menjaga kebersihan diri, pakaian, dan tempat tidur perlu disemai kepada OKU sejak mereka bergelar OKU. Tentunya dengan disiplin yang tinggi dalam penampilan diri yang bersih dan kemas akan menggambarkan personaliti OKU itu, oleh yang demikian pandangan masyarakat pada OKU juga akan positif.

...bersambung..



Monday, May 30, 2011

APA ITU JOB COACH?

      APA ITU JOB COACH?
  • Job Coach adalah suatu yang baru di Malaysia ini.. walaubagaimana pun selain agensi kerajaan telah ramai di kalangan NGO's yang mengamalkan Job Coach ini.  Di Malaysia Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pendidikan Khas, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim telah dikenal pasti menjadikan sebagai satu cara menolong OKU dalam pekerjaan.
  • Job Coach jika dialih bahasa kepada bahasa Melayu ialah Jurulatih Kerja.Walau bagaimana pun istilah Job Coach itu dijadikan kata khusus kepada maksud jurulatih kerja dan proses dalam mengendalikan latihan pekerjaan kepada calon pekerja di tempat kerja.
  • Job Coach adalah satu proses yang melibatkan sistem berkaitan latihan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang Jurulatih kepada seorang individu OKU yang bertujuan untuk membantu OKU tersebut supaya boleh melakukan pekerjaan dan bekerja seperti mana yang dipersetujui oleh majikan
       SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM JOB COACHING?  
 
          ~ Sudah tentu seorang OKU yang berminat/ada potensi untuk  
               semua ategori OKU)
          ~   Seorang Jurulatih Pekerjaan (Job Coacher)
          ~   Majikan yang dikenalpasti yang menawarkan pekerjaan. 

        APAKAH TUJUAN JOB COACHING?

 * Membantu OKU agar dapat bekerja
 * Membantu OKU hidup berdikari
 * Membantu OKU mempunyai pendapatan sendiri
 * Dapat berintergrasi dengan masyarakat
 * Supaya OKU merasai peluang seperti orang lain 

APAKAH PROSES JOB COACHING?
*Penilaian kepada OKU
*Pencarian Kerja
*Perundingan
*Latihan Pekerjaan
*Penempatan Pekerjaan
*Bantuan untuk kekal dalam pekerjaan
*Bantuan susulan 




Wednesday, May 25, 2011

FUNGSI PENMPATAN PEKERJAAN DAN JOB COACH PLPP BANGI

  • Secara rasminya penubuhan Bahagian Penempatan Pekerjaan dan Job Coach ini pada 16 Februari 2011. Adalah menjadi tanggungjawab untuk memikirkan beberapa perkara dalam memberikan satu pulangan yang besar kepada PLPP Bangi sebagai satu pusat kecemerlangan.
  • Pewujudan bahagian ini adalah berobjektif untuk memberikan peluang pekerjaan kepada lepasan pelatih PLPP Bangi, di samping itu memberi perkhidmatan latihan di tempat pekerjaan melalui sistema dan proses job coach.
  • Adalah diharap melalui bahagian ini PLPP Bangi dapat mengorak satu langkah dalam membantu pelatih dan bekas PLPP Bangi dalam penempatan pekerjaan. 
  • Seiring dengan penubuhan bahagian ini, saya juga membangunkan group khusus dalam Face Book (FB) saya dengan nama Bahagian Penempatan Pekerjaan di mana terbuka kepada semua OKU juga majikan yang mana sudi dalam memberi peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan.
  • Amat diharap juga dengan adanya blog ini dapat menambah jaringan dan kerjasama dari banyak pihak dalam membantu golongan OKU.