Pelajar ini saya selalu perhatikan dari mula dia menjejak kai ke Pusat ini hinggalah saya temuinya semasa mengikuti kurus di Unit Prostetik dan Ortotik (UPO) PLPP Bangi. Semangatnya begitu tinggi dan kerana semangat itu juga penama mencabar dirinya untuk mengikuti kursus di UPO yang selama ini dimonopoli oleh kaum adam. Kesungguhan gadis ini menarik hati saya untuk bersamanya seketika semasa hadir ke unit ini.
Mendapat bimbingan dari Ketua Unit En. Badrol Hisham |
Bersedia menerima apa jua tugasan dari pengajar berpengalaman Tn. Haji Hajaruddin Kamaruddin. |
Siapa kata wanita tidak layak menerokai bidang teknikal?. Tentunya ayat saya ini sudah terlalu lapok untuk dipertikaikan. Ini adalah kerana kaum wanita ada di mana-man dalam sektor pekerjaan sama ada dalam bidang profesional mahu pun di bidang yang lain. Kelayakan pemikiran wanita juga tidak boleh dipertikaikan lagi. Mungkin dari segi faktor kekuatan fizikal menjadi kadangkala menjadi kengkangan. Ini bermaksud wanita boleh menceburi dalam semua bidang.
Jenny bersama teman pelatih - Louis |
Berbalik kepada tajuk penulisan ini ingin saya fokus kepada semangat tinggi pelatih perempuan yang menjadi sejarah di PLPP Bangi kerana beliau adalah pelajar wanita pertama menceburi kursus Prostetik dan Ortotik (PO) di PLPP Bangi bagi sesi tahun 2012 - 2013.
Anak kelahiran Sarawak ini seorang gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersikap positif. Seorang yang begitu aktif walau mempunyai masalah kecacatan kaki tetapi semangat dan kehendak untuk maju mengatasi kekangan yang ada. Diharap Jennyla anak Kueh@ Warit akan berjaya dan terus berjaya untuk sama-sama mengecapi kebahagiaan seperti mana insan yang lain. Peluang dan ruang yang diberikan kepada beliau tidak disiakan malah ianya menjadi tapak untuk terus meninjau peluang yang lebih luas.
Oleh: Syanz Aisyah Abdul Raoof
No comments:
Post a Comment