Semangat dan Perjuangan adalah dua aspek yang mesti ada kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Penulis beranggap dua perkara ini adalah yang wajib ada dalam iringan kehidupan setiap insan OKU. Semangat yang tinggi untuk memperjuangkan diri menghadapi persaingan bersama orang yang cukup sifatnya kenalah ada dalam diri sendiri.
Dengan adanya semangat yang tinggi maka ada gerakan yang bersepadu untuk merealisasikan yang terfikir dalam minda. Perjuangan akan sia-sia jika individu tidak mempunyai semangat. perjuangan akan hanya terkandas dalam perjalanan jika semangat ibarat hangat-hangat tahi ayam. Perjuangan yang diiring semangat yang tinggi insyaAllah akan membuah hasil juga akhirnya.
Saya melihat dua perkara ini bukan sekadar hanya dipandang atau dibaca. Perjuangan yang mempunyai matlamat demi perubahan status kehidupan perlu disemai. Sikap untuk berubah kepada pemikiran positif di mana menjadikan OKU disenangi oleh semua lapisan masyarakat.
Di antara yang terpenting perlunya semangat untuk memastikan diri sihat walafiat. Kita sedar ramai OKU mempunyai masalah kesihatan sama ada sejak dari kelahiran atau timbulnya masalah kesihatan disebabkan berlakunya kecacatan.
Ada tiga sebab berlakunya kecacatan iaitu kecacatan sejak lahir, kecacatan disebabkan penyakit yang dialami dan juga kecacatan disebabkan berlakunya kemalangan. Semangat dalam berjuang mengatasi masalah kesihatan melalui disiplin yang tinggi seperti menjaga kebersihan diri, pakaian, dan tempat tidur perlu disemai kepada OKU sejak mereka bergelar OKU. Tentunya dengan disiplin yang tinggi dalam penampilan diri yang bersih dan kemas akan menggambarkan personaliti OKU itu, oleh yang demikian pandangan masyarakat pada OKU juga akan positif.
...bersambung..
No comments:
Post a Comment