Total Pageviews

Tuesday, July 5, 2011

Rebut Ruang Jika Peluang Itu Memang ada...

Hari ini 5 Julai 2011 telah membawa seramai 14 pelatih untuk menghadiri karnival pekerjaan yang dianjurkan oleh PERKESO iaitu melalui program Return To Work bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Langkah PERKESO untuk menganjurkan seminar kepada semua majikan  dan juga menggalakkan majikan untuk menerima pekerja di kalangan OKU amatlah dihargai.  Sekalung penghargaan harus diberikan kepada PERKESO.

Sebagai seorang yang terlibat dalam penempatan pekerjaan untuk pelatih, saya melihat perlunya ada satu daya usaha di kalangan pelatih untuk merebut peluang yang ada untuk mereka.  Kesedaran majikan untuk menerima OKU sebagai pekerja semakin hari semakin ramai. Usaha yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan badan yang berkaitan dengan tanggunjawab kepada OKU telah menghasilkan satu kesedaran kepada majikan bahawa OKU juga adalah modal insan yang boleh memberi pulangan hasil kepada syarikat atau organisasi.


Kesedaran telah ada di kalangan majikan dan peluang juga telah diberikan.  Di sinilah perlunya ada satu tanggungjawab kepada diri sendiri untuk merebut peluang yang diberikan. Ruang yang ada harus diisi bagi mengetahui sama diri kita layak dalam mengharungi cabaran semasa.  Kelayakan dalam mengisi ruang juga harus bersama dengan sikap serta cara bagaimana kita berfikir.  Melalui pemikiran yang positif sesorang boleh menilai kebolehan diri dan juga mengubah sikap ke arah yang lebih baik agar dapat bersaing di kalangan majoriti.   Apalah guna jika kita mempunyai kemahiran tetapi kita tidak pernah untuk merebut peluang yang ada.  Mengapa saya harus berkata demikian? Ini adalah kerana golongan OKU adalah minoriti.  Jika tidak menggunakan peluang yang diberikan dalam perebutan ruang ini,  maka akan terlepas satu yang amat berharga kepada diri sendiri. Maka kuasa penentu adalah datang dari diri sendiri sama ada mahu atau menolak peluang yang diberikan.

No comments:

Post a Comment