Total Pageviews

Monday, May 30, 2011

APA ITU JOB COACH?

      APA ITU JOB COACH?
  • Job Coach adalah suatu yang baru di Malaysia ini.. walaubagaimana pun selain agensi kerajaan telah ramai di kalangan NGO's yang mengamalkan Job Coach ini.  Di Malaysia Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pendidikan Khas, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim telah dikenal pasti menjadikan sebagai satu cara menolong OKU dalam pekerjaan.
  • Job Coach jika dialih bahasa kepada bahasa Melayu ialah Jurulatih Kerja.Walau bagaimana pun istilah Job Coach itu dijadikan kata khusus kepada maksud jurulatih kerja dan proses dalam mengendalikan latihan pekerjaan kepada calon pekerja di tempat kerja.
  • Job Coach adalah satu proses yang melibatkan sistem berkaitan latihan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang Jurulatih kepada seorang individu OKU yang bertujuan untuk membantu OKU tersebut supaya boleh melakukan pekerjaan dan bekerja seperti mana yang dipersetujui oleh majikan
       SIAPAKAH YANG TERLIBAT DALAM JOB COACHING?  
 
          ~ Sudah tentu seorang OKU yang berminat/ada potensi untuk  
               semua ategori OKU)
          ~   Seorang Jurulatih Pekerjaan (Job Coacher)
          ~   Majikan yang dikenalpasti yang menawarkan pekerjaan. 

        APAKAH TUJUAN JOB COACHING?

 * Membantu OKU agar dapat bekerja
 * Membantu OKU hidup berdikari
 * Membantu OKU mempunyai pendapatan sendiri
 * Dapat berintergrasi dengan masyarakat
 * Supaya OKU merasai peluang seperti orang lain 

APAKAH PROSES JOB COACHING?
*Penilaian kepada OKU
*Pencarian Kerja
*Perundingan
*Latihan Pekerjaan
*Penempatan Pekerjaan
*Bantuan untuk kekal dalam pekerjaan
*Bantuan susulan 




Wednesday, May 25, 2011

FUNGSI PENMPATAN PEKERJAAN DAN JOB COACH PLPP BANGI

  • Secara rasminya penubuhan Bahagian Penempatan Pekerjaan dan Job Coach ini pada 16 Februari 2011. Adalah menjadi tanggungjawab untuk memikirkan beberapa perkara dalam memberikan satu pulangan yang besar kepada PLPP Bangi sebagai satu pusat kecemerlangan.
  • Pewujudan bahagian ini adalah berobjektif untuk memberikan peluang pekerjaan kepada lepasan pelatih PLPP Bangi, di samping itu memberi perkhidmatan latihan di tempat pekerjaan melalui sistema dan proses job coach.
  • Adalah diharap melalui bahagian ini PLPP Bangi dapat mengorak satu langkah dalam membantu pelatih dan bekas PLPP Bangi dalam penempatan pekerjaan. 
  • Seiring dengan penubuhan bahagian ini, saya juga membangunkan group khusus dalam Face Book (FB) saya dengan nama Bahagian Penempatan Pekerjaan di mana terbuka kepada semua OKU juga majikan yang mana sudi dalam memberi peluang kepada mereka yang memerlukan bantuan.
  • Amat diharap juga dengan adanya blog ini dapat menambah jaringan dan kerjasama dari banyak pihak dalam membantu golongan OKU.

Sunday, May 15, 2011

Sekapur Sireh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
  • Pertama kali ingin saya menyatakan hasrat saya dalam penubuhan blog ini bertujuan sebagai satu medium untuk perkongsian maklumat berkaitan pekerjaan kepada pelatih-pelatih di PLP Bangi dan juga bekas pelatih PLPP Bangi.
  • Amat diharap blog ini memberi manafaat kepada semua.
  • Perkongsian maklumat dari semua pihak (majikan) dan juga pelatih amat dialu-alukan.
Terima kasih,

NOR AISAH ABDUL RAOOF